×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 22 Mac 2019

    Permohonan Biasiswa Lion-Parkson Kini Dibuka!

    Sudahkan anda bersedia untuk membawa pendidikan anda ke tahap baru?

    Yayasan Lion-Parkson kini menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di universiti awam dan swasta di Malaysia. Biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang telah mencapai keputusan akademi cemerlang dalam STPM, Matrikulasi atau Sijil Diploma dan tidak menerima sebarang bantuan kewangan dari mana-mana institusi atau organisasi.

    Yayasan Lion-Parkson telah ditubuhkan pada 3 September 1985 oleh Kumpulan Syarikat Lion untuk mengurus dan mengagihkan bantuan dana bagi tujuan pendidikan, sains dan kebajikan. Sehingga kini, Yayasan Lion-Parkson telah mengagihkan sebanyak RM10.7 Juta untuk 457 pelajar.

    Jika anda, keluarga dan kawan-kawan anda berminat dengan biasisiwa Yayasan Lion-Parkson, sila lawati http://www.liongroup.com.my/careers_details.php?id=3 untuk maklumat lanjut.

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 15hb April 2019.

    • 06 Mac 2019

    Awas: Laman Web Mengelirukan

    Pelanggan-pelanggan yang dihargai,

    Sila ambil perhatian bahawa Parkson Credit tidak berkaitan dengan laman web www.pinjamlah.com. Pengiklanan skim Pemberi Pinjam Wang tanpa permit Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah haram di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Parkson Credit tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami akibat penyediaan data peribadi kepada, atau apa-apa perkhidmatan atau tawaran yang diterima dari, laman web yang tidak dibenarkan.

    Untuk maklumat lanjut tentang skim Pemberi Pinjam Wang berlesen, sila lawati halaman Soalan Lazim Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempadan di http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/585.

    Kami ingin menyatakan bahawa apa-apa koperasi atau kerjasama Parkson Credit dengan apa-apa perniagaan lain akan diumumkan di laman web www.parksoncredit.com.my kami.

    • 06 Mac 2019

    Mencapai ISO 9001:2015

    Dalam usaha kami untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan kami, Parkson Credit telah mencapai sijil ISO 9001:2015 dalam kategori Penyediaan Perkhidmatan Pembiayaan Kredit. ISO 9001 adalah piawaian antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Mutu. Syarikat-syarikat yang disahkan sebagai mencapai ISO 9001 telah menunjukkan keupayaan untuk membekalkan produk dan perkhidmatan secara konsisten dan yang memenuhi keperluan Pelanggan dan peraturan-peraturan. Parkson Credit sebelum ini telah mencapai piawaian tahun 2008 untuk ISO 9001 pada 11 April 2016.

    Pengurusan Parkson Credit berkomited untuk mengekalkan sijil ISO 9001:2015 melalui pemantauan, tinjauan dan peningkatan diri untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan servis yang lebih baik.