Mar 13, 2025
3 minit bacaan
Pembiayaan bersandarkan aset oleh HSBC bakal rangsang perluasan perniagaan Parkson Credit di Malaysia.
Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 - Parkson Credit Sdn Bhd (Parkson Credit) melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (Program Sukuk Wakalah) yang pertamanya sebanyak RM1 bilion, yang mana HSBC Amanah Malaysia Berhad (HSBC Amanah) adalah Penasihat Utama tunggal, Peneraju Pengaturan, Peneraju Pengurus dan Penasihat Syariah. Untuk terbitan tranche permulaan sebanyak RM333.33 juta Sukuk Wakalah ini, HSBC juga merupakan Pemegang Sukuk Kanan bagi RM250 juta.
Penciptaan alat kewangan inovatif ini menyatukan kewajipan hutang dan menawarkan kaedah pelaburan tambahan bagi pelabur di dalam pasaran modal Malaysia. Perkembangan terbaharu ini juga meluaskan himpunan penyedia modal yang ada kepada Parkson Credit.
Fokus utama Parkson Credit kekal kepada pembiayaan motosikal, mewakili kira-kira 99% jualan keseluruhannya. Pembiayaan strategik disediakan oleh HSBC akan meningkatkan inisiatif perluasan Parkson Credit dan membolehkannya meluaskan lagi capaian di pasaran baharu muncul atau kurang mendapat perkhidmatan, terutama di kawasan pinggiran bandar dan pedalaman di Semenanjung dan Malaysia Timur. Sebagai tambahan kepada perluasan geografi, syarikat itu juga turut memberi tumpuan kepada memperkenalkan produk kewangan inovatif, yang baharu direka khusus bagi memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa berubah, terus mempertingkatkan akses dan kemudahan kepada para pelanggan.
Pengerusi Eksekutif Lion Group, Tan Sri William Cheng menekankan impak lebih luas daripada kolaborasi ini, “Ia menandakan bab baharu bagi Lion Group, mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi, daya tahan dan kecemerlangan di dalam memajukan ekonomi Malaysia. Sebagai kumpulan perniagaan pelbagai yang berpandangan ke hadapan, kami kekal teguh di dalam wawasan kami untuk menyumbang kepada pembinaan negara sementara meraih peluang-peluang yang membentuk masa hadapan industri dan masyarakat.”
CEO & Ketua Perbankan HSBC Malaysia, Dato’ Omar Siddiq berkata, “Dengan Parkson Credit
memacu pertumbuhan, satu rumusan pembiayaan berskala dan boleh diguna pakai menjadi amat penting untuk mencapai matlamat-matlamat perluasannya. Produk kewangan inovatif HSBC Amanah menawarkan penerbitan hutang (Sukuk) disokong oleh terimaan sewa beli secara Islam, membuka laluan bagi pembiayaan sewa beli motosikal. Menggambil faedah daripada kepakaran penyusunan struktur antarabangsa kami, urus niaga ini menunjukkan keupayaan kami untuk membuka sumber modal baharu dan menghubungkan pelanggan kepada peluang-peluang pembiayaan Islamik”.
CEO Parkson Credit, Encik Danny Poh memuji sokongan teguh HSBC, “Kami amat menghargai perkongsian sekian lama kami dengan HSBC, yang memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan Parkson Credit sejak ditubuhkan pada 2014. Kolaborasi ini menjadi instrumental di dalam meneguhkan kedudukan kami di dalam sektor pembiayaan motosikal dan meningkatkan keupayaan kami untuk meluaskan capaian pasaran dan menyampaikan rumusan-rumusan pembiayaan inovatif kepada pangkalan pelanggan yang lebih besar.”
Kejayaan pelancaran Program Sukuk Wakalah ini mengukuhkan dedikasi Parkson Credit kepada kemajuan dan keterangkuman kewangan, mencipta piawaian baharu di dalam pembiayaan modal inovatif dan membuka jalan bagi pembangunan mampan di dalam sektor pembiayaan pengguna di Malaysia. Sepanjang perjalanan ini, HSBC telah menjadi rakan kewangan dipercayai, menyokong pertumbuhan syarikat menerusi pelbagai kitaran ekonomi.