Mar 28, 2025
1 minit bacaan
Parkson Credit Meraikan 10 Tahun Kejayaan dengan Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun yang Gilang-Gemilang.
Petaling Jaya, 28 Mac 2025 – Parkson Credit Sdn Bhd menganjurkan Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-10 di One World Hotel, Petaling Jaya, pada 14 Mac 2025. Majlis itu diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Lion, Tan Sri William Cheng, serta 810 tetamu, termasuk pengedar motosikal, pihak bank dan rakan perniagaan.
Malam itu menjadi detik bersejarah bagi Parkson Credit, meraikan satu dekad pertumbuhan, inovasi, dan kerjasama erat yang telah mengukir kejayaannya. Para tetamu menikmati suasana yang penuh dengan kemesraan dan penghargaan, sambil meraikan pencapaian bersama yang mengukuhkan lagi komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dan jalinan kerjasama yang berterusan. Mereka turut berpeluang menyaksikan pratonton eksklusif pelancaran produk pembiayaan peribadi terbaharu Parkson Credit iaitu IDEAL Cash.
Ketua Pegawai Eksekutif Parkson Credit, Encik Danny Poh, menyifatkan majlis ini sebagai bukti kejayaan syarikat dan jalinan hubungan kukuh di dalam industri. “Kami berbangga dengan pencapaian cemerlang ini, dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan niaga yang menjadi pemangkin kejayaan kami di sepanjang perjalanan ini.”
Majlis ini mengukuhkan lagi dedikasi Parkson Credit dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inovatif serta memantapkan visinya untuk menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.