• 07 April 2016

    Majilis Sambutan Ulang Tahun Pertama Parkson Credit


    Pada 5th March 2016, Parkson Credit Sdn Bhd telah mengadakan Majilis Sambutan Ulang Tahun Pertama bertempat di Dewan Besar, Sunway Resort Grand Lagoon. Majilis tersebut diadakan untuk meraikan ulang tahun pertama sejak Parkson Credit ditubuhkan serta mengiktiraf para Pengedar yang berjaya mencapai tahap penjualan yang tinggi dalam tempoh tersebut.




    Majilis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Lion Group, Yang Berbahagia Tan Sri William Cheng dan Pengurus Besar Kanan Parkson Credit Encik Danny Poh, yang dalam ucapanya telah menitikberatkan tema dalam ‘Merapatkan Kerjasama’ untuk mengukuhkan hubungan dalam perniagaan antara Parkson Credit dan rakan-rakan niaga yang hadir.




    Majilis tersebut telah dihadiri oleh seramai 700 tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi perniagaan dan pengedar-pengedar dari seluruh negara. Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu telah dihiburkan oleh pelbagai persembahan serta cabutan bertuah yang menarik dan ditaja oleh rakan kongsi Parkson Credit, pengeluar dan syarikat-syarikat berkaitan Kumpulan Syarikat Lion.