• 31 Mac 2016

    Pembayaran Atas-Talian melalui JomPAY kini Ditermima!

    Untuk memenuhi maklum balas pelanggan untuk lebih lagi salur pembayaran, kami kini terima pembayaran atas-talian melalui JomPAY!

    Prosedur Pembayaran dengan JomPAY



    1. Di bahagian JomPAY laman web perbankan internet atau mudah alih anda, sila masukkan nombor Biller Code 2238 kami.

    2. Masukkan 12 digit Nombor Perjanjian di Ref-1 serta Nombor Telefon Bimbit di Ref-2 (Wajib).

    3. Masukkan jumlah bayaran dan mengesahkan untuk meneruskan selanjut.

    *Sila layari www.jompay.com.my/biller-codes.html untuk mengesahkan Biller Code kami.

    • 30 Mac 2016

    Permohonan Biasiswa Lion-Parkson Kini Dibuka!

    Adakah ANDA atau seseorang yang anda kenali adalah seorang pelajar yang memiliki sijil STPM, Matrikulasi, Diploma atau UEC? Jika demikian, kami mahu ANDA atau mereka untuk Biasiswa Lion-Parkson 2016!

    Biasiswa ini adalah untuk pelajar-pelajar Warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran untuk ijazah pertama mereka melalui kursus sepenuh masa di Universiti- Universiti Awam atau Kolej-Kolej Swasta tempatan yang diiktiraf. Pemohon yang berjaya akan memperolehi biasiswa penuh atau sebahagian, latihan tambahan semasa cuti semester, dan akan ditawarkan bekerja di dalam Syarikat Kumpulan Lion selepas tamat pengajian.

    Yayasan Lion-Parkson telah ditubuhkan pada 3 September 1985 oleh Kumpulan Syarikat Lion untuk mengurus dan mengedarkan dana untuk tujuan pendidikan, sains dan kebajikan. Sehingga kini, Yayasan Lion-Parkson telah mengedarkan sebanyak RM9.7 Juta untuk 427 pelajar.

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2016.
    Untuk maklumat lanjut, syarat-syarat atau cara-cara permohonan Biasiswa secara online, sila layari www.lion.com.my/Apps/ParksonScholarship.nsf/welcome