• 21 Ogos 2017

    Adakah Anak-Anak Anda Selamat?

    Pusat Penyelidikan Klinikal Perak (CRC) telah mengkaji dan melapor bahawa 44% peratus anak-anak bersekolah tidak memakai topi keledar motorsikal semasa menunggang ke sekolah. Malahan, peratusan anak-anak yang tidak memakai topi keledar adalah lebih tinggi apabila diangkut ke sekolah oleh seorang dewasa.


    Ibu-bapa haruslah bertanggungjawab ke atas keselamatan anak-anak meraka dan hendaklah menggalakkan pengunaan topi keledar. Statistik yang dirujuk oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa penggunaan topi keledar dapat mengurangkan risiko kecederaan kepala yang serius sebanyak 45% apabila ditimpa kemalangan motorsikal. Kecederaan akibat kemalangan motorsikal ini boleh menyebabkan kecacatan kekal, kehilangan keberdikarian, dan kehilangan potensi kanak-kanak.


    Marilah kita sama-sama mengambil ambil bahagian dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kita.


    Untuk maklumat lanjut megenai laporan CRC mengenai pengunaan topi keledar motorsikal oleh kanak-kank sekolah, sila lihat di sini.

    • 10 Ogos 2017
    Gambar Oleh: Natasya Khairuddin Facebook

    Bantuan Daripada Orang Awam

    Sebuah posting di dalam medial sosial oleh Natasya Khairuddin, 24, telah menjadi viral. Di dalam posting tersebut beliau menceritakan bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali telah menghulurkan kunci motorsikalnya sebagai bantuan apabila Natasya dan suaminya telah mengalami masalah tayar pancit semasa perjalanan di Lebuhraya Lembah Klang Baru.


    Muhamat Israq Esdizul, 27, yang kini digelar sebagai ‘Abang Baju Merah’ oleh warga netizen, sedang menunggang motorsikal barunya apabila dia telihat Natasya dan suaminya menolak motorsikal mereka di sebelah lebuhraya. Beliau berhenti untuk memberi pertolongan dan, apabila beliau mendapati bahawa tayar pancit tersebut masih boleh ditunggang oleh seorang penumpang, dia memberi kunci motorsikalnya kepada pasangan tersebut untuk mereka gunakan dan membawa bersama-bersama motorsikal mereka ke bengkel.


    Dalam posting tesersebut, Natasya mengucapkan terima kasih kepada Abang Baju Merah dan berkata dia dan suaminya mungkin tidak akan dapat tiba di Tol Setia Alam sebelum pukul 9.00 Malam tanpa pertolongan yang diterima.


    Apabila ditanya kepada Abang Baju Merah mengenai insiden tersebut, Muhamad Israq berkata beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah, dan beliau hanya berminat untuk membantu


    Posting tersebut telah dikongsi 6.3 Ribu kali dan rakaman video yang dilampir bersama posting tersebut telah ditonton 1.1 Juta kali pada masa kini.


    Sila tekan di sini untuk sumber posting tersebut.