• 13 Februari 2017

    Taniah Kepada Pemenang JomPAY-CIMB Win A Vacation Campaign!

    Dari 1hb September 2016 ke 31hb Disember 2016, JomPAY dan CIMB telah mengadakan kempen 'Win A Vacation Campaign', di mana pelanggan-pelanggan dan pengedar-pengedar yang membuat pembayaran kepada Parkson Credit melalui JomPAY akan dipilih secara rawak untuk menjawab sesoalan mengenai kempen dan memenagi sebuah telefon pintar baru atau baucar percutian.


    Apabila kempen telah tamat, terdapat jumlah 18 pelanggan dan pengedar Parkson Credit yang telah memenagi sebuah telefon pintar Samsung Galaxy J510 dan seorang dari pemenang-pemenang ini juga telah memenagi baucar percutian bernilai RM1,000.00.


    Untuk senarai pemenang-pemenang dan syarat-syarat kempen, sila tekan di sini.


    Parkson Credit ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan dan pengedar-pengedar dan juga kepada JomPAY dan CIMB untuk kempen yang berjaya ini.

    • 13 Februari 2017

    Awas Halaman Facebook Palsu!

    Baru-baru ini, Parkson Credit telah menurunkan sebuah halaman Facebook palsu yang mendakwa sebagai halaman Facebook rasmi untuk Parkson Credt. Sila ambil perhatian bahawa Parkson Credit tidak mengendalikan apa-apa akaun rasmi Facebook pada masa kini.


    Akaun sosial media palsu yang mendakwa sebagai sebuah syarikat yang dikenali sering digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu dan/atau pernipuan, Anda dinasihatkan untuk menyemak keaslihan mana-mana laman web atau akaun media social syarikat sebelum menyerahkan apa-apa maklumat peribadi atau kewangan.


    Jika anda perlu menghubungi Parkson Kredit untuk sebarang pertanyaan, kami boleh dihubungi melalui halaman pertanyaan kami, melalui e-mel di cs@parksoncredit.com.my atau melalui nombor telefon yang dipaparkan di laman kenalan kami.