• 20 November 2017

    Pelumba GT-Max En Mohd Zairul Kazzreen (No.12) memotong pesaing di sudut Jalan.

    Parkson Credit Memungut Pingat di Cabaran Yamaha NVX

    Pada 20hb November 2017, pasukan GT-Max yang ditaja oleh Parkson Credit telah diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan tempat ke-2 dalam perlumbaan-perlumbaan Yamaha NVX Challenge kali pertama. Yamaha NVX Challenge adalah dianjurkan oleh Petronas dan Hong Leong Yamaha, dan terdiri daripada 10 perlumbaan yang diadakan diseluruh semenanjung Malaysia. Motorsikal yang digunakan dalam perlumbaan tersebut adalah model yang sama dengan anjakan enjin 155cc dan transmi automatic. Perlumbaan tersebut dipromosi sebagai peluang untuk pelumba-pelumba muda untuk mempersembahkan bakat perlumbaan mereka.


    Ini adalah kali pertama Parkson Credit menaja pasukan perlumbaan dengan matlamat untuk menyokong komuniti perlumbaan dan mempromosikan jenama syarikat.



    Pengurus Besar GT-Max Encik Kwa dan Pelumba GT-Max Encik Mohd Fariszul (No.15) di garis permulaan.