×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 24 Disember 2019

    Tahniah Kepada Pemenang Peraduan Kira & Menang!

    Encik Wan Adam Memenangi Baucar Parkson Bernilai RM1,000

    Pada 24 Disember 2019, penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Kira dan Menang telah diadakan di lobi, Lion Office Tower dan pemenangnya adalah Encik Wan Adam. Beliau telah memenangi hadiah wang ringgit berbentuk baucar Parkson yang bernilai RM1,000.00. Turut hadir ketika itu adalah Pengurus GT-Max, Encik X dan Pengurus Pemasaran Parkson Credit, Puan Michelle Wong.

    Peraduan Kira dan Menang ini telah diadakan bersempena Hari Penghargaan Pelanggan GT-Max Yamaha di premis mereka di Shah Alam pada 30 November 2019, dimana pelanggan yang mempunyai minimum pembelian boleh menyertai peraduan ini dengan meneka jumlah gula-gula dengan tepat di dalam kotak dan berpeluang memenangi hadiah utama sebuah motosikal baharu. Encik Wan Adam telah berjaya meneka jawapan yang terhampir dan memenangi baucar Parkson.

    • 16 Disember 2019

    64 Beg Darah Dikumpul Semasa Kempen Derma Darah!

    Parkson Credit telah mengadakan kempen derma darah gabungan bersama Pusat Darah Negara bertemakan "Jadilah Wira! Derma Darah, Selamatkan Nyawa!" pada 16 Disember 2019 di Lion Office Tower. Sebanyak enam buah katil telah disediakan untuk para penderma darah semasa kempen tersebut

    Kakitangan penganjur yang bertugas ketika itu, Cik Syafa dari Jabatan Sumber Manusia, Parkson Credit melaporkan bahawa sambutan adalah sangat menggalakkan dan katil penderma sentiasa dipenuhi sepanjang 5 jam Kempen Derma Darah itu dijalankan. Penderma darah adalah merupakan pekerja-pekerja Kumpulan Lion, orang awam dan pekerja-pekerja Parkson Credit sendiri. Beliau dengan bangganya mengumumkan bahawa sebanyak 64 beg darah telah dikumpulkan semasa kempen tersebut dan secara tidak langsung mencapai sasaran Pusat Darah Negara. Pusat Darah Negara berharap lebih banyak kempen derma darah boleh dianjurkan di Lion Office Tower pada masa akan datang.

    • 13 Disember 2019

    Jadilah Wira!
    Derma Darah, Selamatkan Nyawa!

    Taukah anda bahawa satu beg darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Jadilah wira di kempen derma darah kita yang dianjur bersama Pusat Darah Negara:

    • Tarikh: 16hb Disember 2019 (Isnin)
    • Masa: 10AM - 3PM
    • Lokasi: Lobi, Pejabat Menara Lion, No.1 Jalan Nagasari, 50200 Kuala Lumpur

    Sila ambil perhatian kepada kriteria penderma darah tersebut:

    • Sihat tubuh badan
    • Berumur di antara 17-70 tahun untuk yang pernah derma darah
    • Berumur antara 17-60 tahun untuk pertama kali menderma
    • Berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga
    • Berumur 60 tahun dan atas perlu mengemukakan Laporan Kesihatan
    • Berat badan 45kg ke atas
    • Tidur minimum 5 jam
    • Tiada masalah kesihatan
    • Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
    • Pendermaan terakhir 3 bulan lepas/li>
    • Bagi penderma wanita; tidak mengandung, menyusu anak atau datang haid (Hari 1-3)
    • Telah tinggal di Malaysia selama sekurang-kurangnya 1 tahun (untuk bukan rakyat Malaysia)
    • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi (contoh: mengambil dadah secara suntikan, lebih dari satu pasangan seks, hubungan sesama jenis)
    • Membawa dokumen pengenalan diri (IC/Passport)

    Jumpa di sana!