Sejajar dengan Lockdown di seluruh negara (Fasa 1 & 2) semasa Pelan Pemulihan Negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sejak 15 Jun 2021, kami akan terus bekerja dari rumah dalam tempoh ini..
Parkson Credit berhasrat untuk memastikan semua kakitangan, pelanggan dan komuniti kami tidak mengalami bahaya sepanjang tempoh ini.
Saluran Pertanyaan Perkhidmatan Pelanggan kami seperti saluran WhatsApp, E-mel dan Perkhidmatan Pertanyaan Telefon Pelanggan akan terus beroperasi untuk kemudahan pelanggan kami yang ingin menghubungi kami.
Kami meminta pengertian dan kesabaran anda untuk sebarang kekurangan ketika memberi respons kepada pelanggan kami dalam tempoh ini.