×
ACOS SYSTEM Online Self Service Terminals
    • 20 Mei 2020

    Berwaspada dengan Panggilan,
    Laman Web & Mesej Palsu!

    Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa kes orang menyamar sebagai Parkson Credit untuk mendapatkan dokumen peribadi untuk salah guna, kutipan 'fi' dan tawaran perjanjian pinjaman haram. Parkson Credit ingin menasihatkan pelanggan kami supaya berwaspada dengan sebarang penawaran produk pembiayaan yang tidak diingini.

    Salah satu daripada cara Parkson Credit untuk membantu pelanggan ialah mengasingkan tawaran benar atau palsu adalah menyenaraikan semua produk yang ditawarkan oleh Parkson Credit pada masa semasa di laman web kami. Jika anda mendapati terdapat produk pembiayaan yang ditawarkan bawah jenama Parkson Credit, tetapi produk tersebut tidak didapati di laman web kami, anda boleh yakin bahawa produk tersebut adalah sebuah penipuan.

    Jika anda mengesyaki bahawa sebarang panggilan, mesej atau e-mel adalah sebuah penipuan, sila jangan balas atau menghantar sebarang dokumen peribadi kepada mereka. Anda boleh menghubungi pihak kami (https://www.parksoncredit.com.my/fax-and-address.php?l=bm) untuk mengesahkan komunikasi atau tawaran tersebut adalah sebenarnya daripada Parkson Credit atau terus melaporkan sekiranya anda yakin ianya adalah benar sebuah penipuan. Kami di Parkson Credit sentiasa sedia berkhidmat kepada anda.

    Berwaspada dan kekal selamat!

    TERKINI: Kami telah menerima maklumat bahawa terdapat laman web Parkson Credit palsu di http://www.parkson-credit.com. Jangan serahkan maklumat peribadi anda di laman web tersebut kerana anda mungkin menjadi mangsa penipu dan pemberi pinjaman wang haram. Parkson Credit tidak mengendalikan dan tidak berafiliasi dengan laman web itu. Kami sedang menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik laman web tersebut demi keselamatan orang ramai.